Ini ada satu cerita...
"Jangan Nangis Kalau Kalah..."
Pada suatu masa, ada seorang kanak-kanak sedang mengikuti satu perlumbaan kereta mainan. Suasana sungguh meriah ketika itu, tambahan perlumbaan itu sudah memasuki peringkat akhir. Hanya tinggal empat orang peserta dan sebelum memulakan perlumbaan akhir, mereka mempamerkan kereta mainan milik masing-masing. Semuanya merupakan buatan sendiri, kerana memang begitulah peraturannya.
Di antara empat orang kanak-kanak yang memasuki peringkat akhir itu, salah seorang daripadanya bernama Ahmad. Kereta mainannya biasa-biasa saja, namun dia termasuk berjaya juga masuk perlumbaan akhir. Jika dibandingkan dengan lawannya, ternyata kereta mainan Ahmad yang kelihatan paling tidak sempurna. Tidak hairan juga penonton yang menyaksikannya berasa agak sangsi dengan kemampuan kereta mainannya memasuki peringkat akhir itu.
Memang, kereta mainan Ahmad langsung tidak menarik. Dengan kayu yang sederhana dan sedikit lampu hiasan diatasnya, tentu tidak setanding dengan hiasan mewah yang ada pada kereta-kereta mainan lainnya. Namun, Ahmad bangga dengan itu semua,kerana kereta itu buatan tangannya sendiri.
Tibalah saat yang dinantikan - perlumbaan akhir! Setiap peserta telah bersiap di garisan permulaan untuk melancarkan kereta lumba masing-masing selaju mungkin.
Namun, seketika kemudain Ahmad meminta tangguh sebentar sebelum perlumbaan dimulakan. Mulutnya kumat-kamit seperti sedang berdoa. Matanya terpejam sambil menadah tangan memanjatkan doa.
Mula! Dengan sepenuh tenaga mereka meluncurkan kereta lumba masing-masing. Dan ketika semua mata tertumpu di garis penamat, ternyata kereta milik Ahmad yang mencecahnya dahulu. "Alhamdulillah, terima kasih," ucapnya tidak putus-putus dengan kemenangan itu.
Pada waktu penyampaian hadiah, Ahmad naik ke pentas dangan bangga. Sebelum piala kemenangan diserahkan, dia ditanya, "Pasti tadi kamu berdoa kapada Allah s.w.t agar kamu menang, bukan?" Ahmad terdiam sejenak kemudian membalas, "Bukan itu yang saya doakan... Bukankah tak adil meminta pada Allah s.w.t untuk menolong kita mengalahkan saudara kita yang lain. Saya hanya bermohon pada Allah s.w.t supaya saya tidak menangis jika saya kala."
Petikan dari majalah "Blues Selamanya, issue 55"

0 Comments:
Post a Comment
<< Home