July 16, 2005

Nie aku amek dari email... c",)


Selalu yang terjadi...

CINTA:
(sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama.

(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH:
(sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji dibibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG:
(sebelum kahwin)


S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, i lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia aje.
A = ada takde, bagi anak reti ler.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.


HATI:
(sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = airmata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?



tetapi yang seharusnya ialah...

C-inta sebelum kahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama.
I-mpian rumahtangga dirancang bersama (bkn praktikal sblm nikah).
N-ikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan.
T-imang cahaya mata sbg pengikat kasih.
A-malkan perintah TUHAN, insya4JJI bahagia membawa ke syurga.

K-asih berputik dikala pertunangan diikat.
A-kad dilafaz, cinta berbunga.
S-uami disanjung tinggi.
I-steri disayangi.
H-arumlah kasih sepanjang zaman.

S-ayangkan isteri kasihkan suami.
A-da masalah, dibincangkan bersama.
Y-ang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
A-malkan hidup bertoleransi.
N-ak kekalkan bahagia, itu usaha bersama.
G-aduh sesekali tu, perkara biasa.

H-ati suami mesti dijaga.
A-patah lagi hati isteri yang mudah tersentuh.
T-anggungjawab dipikul bersama.
I-steri tak makan hati, suami pun tak cari ganti. c",)



0 Comments:

Post a Comment

<< Home