Ramadhan datang lagi...
Nak dekat seminggu tak update blog... yelah... peperiksaan akhir tahun dah nak dekat... jadi... kena usaha lebih sikit untuk lulus akhir tahun nie...
Sejak beberapa hari yang lalu... ku kurang sihat... penyakit lelahku menyerang lagi... tapi takpe... aku bersyukur... aku sakit sekarang... daripada aku sakit masa periksa... lagi susah... Alhamdulillah... mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku...
Dalam beberapa hari lagi... Ramadhan akan menjelang lagi... Tahun ini... perasaanku nak menyambut Ramadhan berkobar2... ku berharap Ramadhan tahun ini aku nak buat yang terbaik... lebih baik dari Ramadhan yang sudah2... Ya Tuhan... Kau bantulah hambuMu ini...
Dalam beberapa hari aku kurang sihat nie... tetiba tercetus idea nak buat tukilan... tetiba idea tu datang... dan tanganku pantas menarikan pen... mencoretkan kata2 yang tercetus difikiran...
Dengan itu... ku nak sharelah aper yang ku tukilkan...
Ramadhan
Ramadhan,
Kini kau datang lagi.
Hatiku riang tiada terperi,
bersyukurku kehadrat Ilahi,
kerana memberiku peluang bertemu lagi,
dengan bulan yang mulia ini.
Ramadhan,
Hadirmu membawa seribu erti,
memberi barakah kepada insani,
Bulan yang sering dinanti-nanti,
untuk menjalankan rukun Islam yang ketiga ini.
Ramadhan,
Akanku penuhimu dengan amalan yang suci,
segala kemungkaran akan cuba kujauhi.
Apa yang kuharapkan du bulan ini,
hanya keredhaan Tuhan Rabbul Izzati.
Ramadhan,
Andai ini ramadhan yang terakhir buatku,
andai tidak dapatku bertemu denganmu lagi,
ku redha dengan takdir yang diberi,
cuma harapanku agar amalanku diterima kali ini,
Sesungguhnya hanya Dia yang lebih mengetahui.
Itulah dia... tukilan yang tercetusdi fikiran...
Okie... Rasanya itu saja setakat ini... InsyaALLAH... kalau ada lagi akanku update untuk dikongsi... InsyaALLAH...
Kepada semua... Selamat Menyambut Bulan Yang Suci dan Penuh Barakah ini.... Doakanku dapat jawab peperiksaan akhir tahun nanti... amien...
Sekian.. dariku untuk kalian...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home