January 15, 2006

Adab Memberi Salam

Adab Memberi Salam

Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan san sunat kifayah bagi berkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardu kifayah bagi berkumpulan.

Mereka Yang Utama Memberikan Salam:

  1. Mereka yang berjalan kepada yang duduk.
  2. Mereka yang muda kepada yang lebih tua.
  3. Mereka yang berkenderaan kepada yang berjalan.
  4. Mereka yang berada di luar kepada yang berada di dalam.
  5. Mereka yang berada di belakang kepada yang di depan.
  6. Mereka yang mahu meninggalkan majlis kepada yang berada di dalam majlis.

Mereka Yang Tidak Wajib Menjawab Salam:

  1. Mereka yang sedang sembahyang.
  2. Mereka yang sedang membuang air besar/kecil.
  3. Mereka yang sedang mengajar ilmu agama.
  4. Mereka yang menerima salam setelah bercakap dengannya.
  5. Mereka yang suka meminta-minta.

Mereka Yang Makruh Diucapkan Salam:

  1. Mereka yang sedang azan dan iqomah.
  2. Mereka yang sedang mengajar ilmu agama.
  3. Mereka yang sedang membaca al-Quran.
  4. Mereka yang sedang membuang air besar/kecil.
  5. Mereka yang kafir dan musuh Islam.

Hikmat Memberi Salam:

  1. Mendapat keredhaan ALLAH.
  2. Mendapat doa dari para Malaikat.
  3. Mendukacitakan iblis.
  4. Membersihkan hati dari sifat keji.
  5. Mengukuhkan persaudaraan Islam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home