Hadis & Falsafah - Nilai Seketul Hati
Nilai Seketul Hati
Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)
Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada. Bagaimanapun Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawwuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.
Katanya, "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh, sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal ALLAH hanya memandang hati mereka seperti firmanNya dalam surah asy-Syams, ayat 7 hingga 10."
Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.
Sesungguhnya hati adalah nilaian ALLAH yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.
Petikan dari majalah NUR, isu januari 2006

0 Comments:
Post a Comment
<< Home