Atasi Stress Menurut Islam
ATASI STRES MENURUT ISLAM
Kehidupan mansia tidak lepas daripada tekanan. Menurut Mufti Kerajaan Perak, Datuk Seri Dr. Haji Harussani Zakaria, tekanan adalah fitrah kehidupan manusia, selaras dengan firman ALLAH, "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar kepada orang-orang yang sabar."
Ayat di atas menunjukkan kita takkan sunyi dari ujian dan kesusahan. Ia berlaku semenjak umat terdahulu. Segala bentuk ujian dan kesusahan jadi tekanan kepada manusia.
Bagaimanapun, tekanan memberi kesan positif dalam kehidupan manusia untuk bekerja keras, membina daya kreativiti, keyakinan diri dan membentuk peribadi yang lebih mantap. Tetapi sekiranya tekanan itu tidak dihadapi dengan baik atau berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk ke atas individu dari segi emosi dan fizikal.
PUNCA STRESS
1. Kelemahan Hati
Kelemahan hati menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan ALLAH. Ini kerana manusia mengenal ALLAH dengan hatinya. Hati adalah raja manakala segala anggota badannya hanyalah pelayan atau pengikut. Hati berasa bahagia apabila dekat dengan ALLAH. Ia berasa kecewa dan sengsara jika ingkar kepada hukum ALLAH dan leka mengingatinya. ALLAH berfirman yang bermaksud, "Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.
2. Kelemahan Roh
Roh diberi istilah jawahir, nyawa dan jiwa.
ALLAH berfirman yang bermaksud, "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja."
Roh menghidupkan jasad atau badan. Menurut ilmu tasawwuf, nyawa merupakan satu unsur yang halus dan ada pada setiap makhluk (manusia dan binatang), manakala roh mengenal ALLAH. Roh yang lemah mudah diganggu oleh iblis dan syaitan.
3. Pengaruh Nafsu
Nafsu mempunyai pelbagai sifat dan keadaan. Apabila kecelaan dan keburukan menguasai hati, itu dikatakan nafs lawwamah atau nafs al-ammratu bissu'.
Dalam al-Quran ada menyatakan yang bermaksud, "Dan aku bersumpah dengan 'nafsu lawwaamah' (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!"
Ayat lain menytakan, "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu), Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Hati yang diselubungi ketenangan, ketenteraman dan kejernihan, maka itulah diseru oleh ALLAH dengan nafsul muthamainnah yang mendorong hati melakukan segala kelakuan positif, rasional dan teratur. Keadaan nafsu ini adalah nafsu yang baik dan mendapat keredhaan ALLAH.
4. Kelemahan Akal
Imam al-Ghazali menyatakan makna akal iaitu sesuatu yang memperoleh ilmu atau tempat pengetahuan. Kelemahan akal berpunca daripada kejahilan atau sedikit ilmu seseorang. Bagi para hukama, ilmu itu adalah makanan bagi akal. Tanpa ilmu, akal akan mati atau dengan kata lain, akal tidak berfungsi dengan baik. Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya, "Wahai anakku, duduklah kamu dengan orang-orang yang berilmu dan rapatkanlah lutut-lututmu dengan mereka, sesungguhnya ALLAH menghidupkan hati (akal) itu dengan cahaya ilmu, sebagaimana bumi dan air hujan."
majalah NUR Ogos 2004
bersambung....
8 Kaedah Menguruskan Stress

0 Comments:
Post a Comment
<< Home