February 25, 2005

Mukadimah Hidup...

  • Berikan sepenuh kasih sayang kepada kedua ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.
  • Pada guru, hendaklah ingat akan jasa-jasanya kerana dia adalah satu-satunya pemegang pelita yang menerangi kegelapan hidup kita; kerana hidup tanpa ilmu adalah hidup yang sia-sia.
  • Kasihi akan keluargamu, kerana mereka adalah insan yang terdekat sekali di dalam hidup kita dan tak mungkin dipisahkan dengan apa jua pun; bagai air yang dicincang tak akan putus.
  • Berbudi luhur dan beramah mesra dengan jiran tetangga, kerana mereka adalah sebahagian dari keluarga kita.
  • Pada sahabat, hendaklah berlaku jujur serta hormat menghormati dalam memupuk pergaulan yang abadi; kerana sahabat yang sejati itu ibarat bintang yang menghiasi bulan di waktu malam.
  • Di segala kebahagiaan dan kesusahan putaran hidup ini terdapat akan sekuntum hati yang sama merasai; adalah teman hidup. Tatangilah perkongsian hidup yang suci ibarat menatang mutiara yang tiada terniali harganya; kerana satu-satunya jiwa yang boleh memberikan ketenangan dan kemanisan hidup dalam dunia yang penuh kepahitan.
  • Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mipi belaka.
  • Oleh itu sayangilah dirimu, cintai ALLAH, kasihi akan RasulNya; kerana tidak dijadikan kekasihNya, Muhammad, melainkan menjadi rahmat semesta alam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home