Zikir membersihkan hati
Zikir membersihkan hati
Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa Baginda Rasulullah S.A.W bersabda: “Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian digunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi digunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”
Hadis ini juga menceritakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadat dikira dalam erti kata sebenarnya, apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.
Oleh itu, sebahagian ulama tasawuf memberitahu bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH S.W.t buat selama-lamanya. Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pecinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun

0 Comments:
Post a Comment
<< Home