ILMU...
Kata-kata nie ku amek dari satu website nie... rasa mcm bagus.. so, just wanna share wif ya all...
Ilmu sesuatu yang bernilai bagi manusia. Islam menuntut kepada umatnya supaya mencari ilmu sebanyak mungkin. Ini kerana dengan adanya ilmu manusia dapat mencipta kemajuan dan melalui ilmu juga manusia boleh mencapai kedamaian.
Ada yang berpendapat bahawa ilmu itu lebih bernilai daripada harta dunia. Ini kerana, apabila seseorang manusia itu mempunyai harta, dia perlu menjaganya tetapi apabila seseorang manusia itu mempunyai ilmu, ilmu tersebut akan menjaganya.
Pentingnya ilmu kepada manusia jelas dapat kita lihat melalui sabda Rasulullah s.a.w: " Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina."
Oleh itu kita perlu berusaha tanpa perlu ada rasa jemu untuk menambahkan ilmu, tidak kira ilmu dunia mahupun ilmu akhirat...
"ILMU ITU DIDAPATI DENGAN LIDAH YANG MAHU BERTANYA DAN AKAL YANG MAHU BERFIKIR."
-Abdullah Abbas-

0 Comments:
Post a Comment
<< Home