April 14, 2006

Bibir Tidak Lagi Kering...

Bibir Tidak Lagi Kering...

Bibir kering sering dialami oleh ramai di antara kita terutamanya wanita yang bekerja di bawah terik mentari ataupun yang terlalu lama duduk di dalam kawasan berhawa dingin.

Selain faktor cuaca, ada beberapa lagi faktor yang turut menyumbang kepada masalah ini. Salah satu daripadanya ialah kerana kurang air di dalam badan.

Sudah menjadi lumrah, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Begitu juga dengan masalah bibir ini. Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan bibir anda daripada kering dan menggelupas.
  1. Kurangkan kebiasaan membasahkan bibir dengan air liur kerana ia salah satu penyumbang kepada bibir kering.
  2. Jangan memakai lip balm yang mengandungi pelbagai perasa, kerana ia akan mendorong anda untuk kerap menjilat bibir.
  3. Elakkan memakai lipstik yang berjenis (matte), lipstik kering tanpa kilat. Lipstik jenis ini tidak mengandungi pelembab. Jika ada mungkin hanya sedikit sahaja.
  4. Selalu memakan sayur yang segar, terutamanya yang mengandungi vitamin C.
  5. Gunakan madu untuk menggantikan lip balm ketika anda hendak tidur.

Selain daripada itu, anda boleh mengamalkan dengan minum air kelapa muda dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan petua ini sekali sehari.

Petikan dari majalah NUR, isu januari 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home