December 28, 2004

Kata Disebalik Kata

-Kata Disebalik Kata-
  • Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia kan menderita selagi ia masih hidup.....
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja,kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
_______________________________________________________
  • Jika kamu menadah air biarlah berpada. Janganlah mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu.Kerana apabila sekali ia retak,tentu sukar untuk kamu menampalkannya semula. Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba membaikinya,mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah seadanya... Janganlah kamu terlalu mengkaguminya dan janganlah menganggapnya terlalu istimewa. Anggaplah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kerana,apabila sekali dia melakukan kesilapan,bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus kekal hingga ke akhirnya... _________________________________________________________

  • Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu;berkhasiat,mengenyangkan.... Mengapa kamu berlengah? Mengapa cuba memcari makanan yang lain? Terlalu ingin kamu mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu,mengasihimu dan menyintaimu... Mengapa kamu berlengah? Kamu cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilagannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home